NEW DELHI: Bekas pemerintah tentera Pakistan, Pervez Musharraf, 78, yang sedang dirawat di hospital kini dalam keadaan tenat.
Musharraf dimasukkan ke hospital sejak tiga minggu lepas akibat komplikasi penyakit yang dihidapinya, yang dikenal pasti sebagai amiloidosis, kata keluarga bekas presiden itu pada Jumaat.
"Keadaan beliau kini tenat kerana organ dalaman yang sudah tidak berfungsi. Doakan agar urusan beliau dipermudahkan," ciap keluarganya menerusi akaun Twitter Musharraf.
Menurut keluarganya beliau tidak menggunakan alat bantuan pernafasan.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan khabar angin di media sosial bahawa bekas presiden itu telah meninggal dunia.
Musharraf memperoleh kuasa politik dalam satu rampasan kuasa tentera pada 1999 dan berkhidmat sebagai presiden Pakistan dari 2001 hingga 2008.
Beliau ke Dubai pada Mac 2016 untuk mendapatkan rawatan perubatan dan berada di luar negara sejak itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 11 2022
Musharraf dimasukkan ke hospital sejak tiga minggu lepas akibat komplikasi penyakit yang dihidapinya, yang dikenal pasti sebagai amiloidosis. - Gambar fail/AP
Saya nampak bumbung jatuh timpa kereta - Penduduk Apartment Putra Ria
Santha Kumari berkata rumahnya di tingkat 20 tidak terkesan namun cermin belakang sebuah kereta milik adiknya pecah akibat kejadian itu.
Tabung Hidupan Liar Sedunia saman Norway rancangan perlombongan dasar laut
WWF percaya keputusan berkenaan dibuat berdasarkan penilaian kesan strategik yang tidak memenuhi syarat minimum.
Pendaki wanita Nepal cipta rekod tawan Gunung Everest tiga kali dalam satu musim
Bekas wartawan foto berusia 33 tahun itu berjaya mencapai puncak ketiganya pada 5.50 pagi waktu tempatan pada Sabtu.
Manchester United juara Piala FA
Gol dijaringkan Garnacho pada minit ke-30 diikuti Kobbie Mainoo sembilan minit kemudian menafikan impian City menambah koleksi kejuaraan.
Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap Isnin ini
Kekosongan kerusi terjadi susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada Jumaat kerana mengalami keradangan dalam perut.
Jururawat tidak sangka mangsa kemalangan sepupu sendiri
Petugas di Klinik Kesihatan Ayer Tawar itu berkata, menerusi panggilan diterima, kemalangan itu melibatkan sembilan mangsa cedera.
Liga Super: JDT belasah KL City 5-1
Keputusan itu memberi skuad Harimau Selatan tiga mata penuh untuk berada di tangga teratas carta liga dengan keseluruhan sembilan mata.
Wan Arif-Roy King tumpas kepada pilihan kedua dari Denmark
Wan Arif-Roy King ditewaskan pilihan kedua kejohanan itu menerusi permainan straight set 13-21, 19-21 dalam masa 43 minit.
Pemimpin tertinggi PBB akan hantar keputusan ICJ mengenai serangan israel kepada Majlis Keselamatan
Guterres akan menghantar notis langkah sementara yang diarahkan ICJ kepada Majlis Keselamatan untuk tindakan.
29 jemaah dirawat di tanah suci kerana pelbagai penyakit
Setakat 23 Mei 2023, daripada 12,686 jemaah haji Malaysia yang tiba di Mekah dan Madinah, 29 daripadanya dirawat di Hospital Arab Saudi, Pusat Rawatan TH Mekah dan Pusat Rawatan Madinah disebabkan pelbagai penyakit, antaranya disebabkan cuaca panas.
Jenazah Pervez Musharraf diterbangkan ke Pakistan untuk dikebumikan
Jenazah Musharraf, 79, dikebumikan di perkuburan tentera di bandar Karachi di selatan Pakistan pada Selasa.
Bekas pemerintah tentera Pakistan Pervez Musharraf kini tenat
Bekas pemerintah tentera Pakistan, Pervez Musharraf, 78, yang sedang dirawat di hospital kini dalam keadaan tenat.
Khianati negara: Bekas Presiden Pakistan, Pervez Musharraf dijatuhi hukuman mati
Mahkamah Anti Keganasan Pakistan hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas bekas Presiden dan pemimpin tentera Pakistan, Pervez Musharraf atas tuduhan mengkhianati negara.
Bekas Presiden Pakistan menyerah diri
Bekas Presiden Pakistan, Pervez Musharraf telah menyerah diri kepada pihak polis, hanya sehari selepas beliau melarikan dari mahkamah Islamabad.
Peguam buat rayuan perintah penahanan Musharraf
Pihak peguam akan membuat rayuan pada Jumaat ke atas perintah penahanan bekas pemerintah tentera Pakistan, Pervez Musharraf.
Pervez Musharraf tidak layak bertanding
Bekas presiden Pakistan, Pervez Musharraf diisytihar tidak layak untuk bertanding pada pilihan raya parlimen Pakistan.
Pervez Musharraf hadapai media tempatan
Musharraf yang kembali ke Pakistan setelah hidup dalam buangan berusaha memulihkan imejnya dengan harapan untuk cergas semula dalam politik
Pervez Musharraf dibenarkan ikat jamin
Bekas Presiden Pakistan, Pervez Musharraf, yang berdepan beberapa pertuduhan jenayah, dibenarkan diikat jamin khas.